Tuesday, May 6, 2008

Quran

PRINSIP DA'WAH DALAM AL QUR'AN



Dakwah berasal dari bahasa Arab yang bererti seruan, panggilan, undangan. Dari segi istilah, dakwah berarti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang perbuatan munkar yang dilarang oleh Allah SWT. dan rasul-Nya agar manusia mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Menururt Syaikh Ali Mahfuzh iaitu murid Syaikh Muhammad Abduh menyatakan dakwah adalah membangkitkan kesadaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang munkar, supaya mereka memperoleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Secara kesimpulan makna dakwah adalah menyeru kepada kebaikan (amar maaruf) dan mengcegah keumungkaran (nahi mungkar). Dalam Al-Qur'an terdapat banyak ayat yang menggunakan perkataan "amar ma'ruf nahi munkar". Sebagai contoh dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:

"Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung".

Hasbi Ash Siddieqy menafsirkan ayat ini menyatakana hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyelesaikan urusan dawah, menyuruh ma'ruf (segala yang dipandang baik oleh syara` dan akal) dan mencegah yang munkar (segala yang dipandang tidak baik oleh syara` dan akal) mereka itulah orang yang beruntung."

Dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).“

Dari ayat- ini menunjukkan bahwa amar ma'ruf dan nahi munkar merupakan salah satu parameter yang digunakan oleh Allah dalam menilai kualiti suatu umat itu. Mereka yang melaksanakan tugas amal makruf dan nahi mungkar telah diangkat darjatnya menjadi sebaik-baik umat. Begitu juga dalam mengklasifikasikan suatu umat ke dalam derajat yang serendah-rendahnya, Allah menggunakan amar ma'ruf nahi munkar sebagai parameter utama. Ini telah dijelakan Allah SWT dalam firmanNya dalam Surah Al-Maidah ayat 78 -79 yang bermaksud:

"Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Isra'il melalui lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak melarang (sesama sama sendiri) daripada perbuatan mungkar yang merek alakukan. Demi sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka lakukan.“


Perkataan amar ma'ruf dan nahi munkar juga ada disebut dalam surah-surah laian seperti Surah At Taubah ayat 71, Al Hajj ayat 41, Al-A'raf ayat 165, Al Maidah ayat 78-79 serta masih banyak lagi dalam surah-surah lain.

Di antara tujuan dakwah adalah seperti berikut:
Pertama, mengubah pandangan hidup dari keadaan yang buruk kepada keadaan yang lebih baik Ini telah dijelaskan dalam al-Quran Surah Al Anfal: 24 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, sahut dan sambutlah (seruan) Allah, dan (seruan) rasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah (berkuasa) mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihidupkan“

Kedua, mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya keimanan. Ini diterangkan dalam al-Quran Surah Ibrahim: 1 yang bermaksud:

"Alif Lam Ra, Inilah kitab(al-Quran) yang kami turunkan kepadamu untuk mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka kepada jalan Allah Yang Maha Kuasa , lagi Amat Terpuji."


Bila diteliti ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal amar ma'ruf nahi munkar terutama ayat 104 Surah Ali Imran tadi kita dapati bahawa lafadz amar ma'ruf dan nahi munkar lebih didahulukan dari lafadz iman kerana ia adalah asas utama bagi segala rupa ketaatan. Amar ma'ruf nahi munkar adalah benteng utama bagi keimanan sesoran itu. Keimanan juga adalah perbuatan individual yang kesannya hanya kembali kepada diri si pelakunya, sedangkan amar ma'ruf nahi munkar adalah perbuatan yang melibatkan orang lain yang merupakan hak bagi seluruh masyarakat.

Hamka berpendapat bahwa asas utama dari amar ma'ruf adalah mentauhidkan Allah dan nahi munkar adalah mencegah syirik kepada Allah. Pelaksnaan amar ma'ruf nahi munkar ini pada dasarnya selaras dengan keperluan asas bagi sesebuah masyarakat kerana secara umum semua orang suka kepada kebaikan dan benci kepada keburukan. Tetapi apabila soal amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat maka ianya akan kelihat sebaiknya iaitu yang mungkar dilihat sebagai ma’ruf dan makruf sebagi mungkar.

Konsisnten dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar adalah sangat penting dan merupakan suatu keharusan, sebab jika ditinggalkan oleh semua individu dalam sebuah masyarakat ia akan membawa kehancuran kepada masyakat itu sendiri. Kita harus menyedari bahawa sesebuah masyarakat adalah seumpama sebuah bangunan. Jika terdapat sebarang kecacatan kepada struktur bangunan itu dan tidak dibaiki, maka suatu ketika ia boleh membuat akan kehancuran. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Saw. Dalam perumpamaannya:

"Permisalan orang-orang yang mematuhi larangan Allah dan yang melanggar, ibarat suatu kaum yang berundi di dalam kapal. Di antara mereka ada yang di bawah. Orang-orang yang ada di bawah jika hendak mengambil air harus melalui orang-orang yang ada di atas meraka. Akhirnya mereka berkata 'Jika kita melubangi kapal bagian kita, niscaya kita tidak akan mengganggu orang yang di atas kita'. Jika orang yang di atas membiarkan mereka melubangi kapal, niscaya semua akan binasa. Tetapi jika orang yang di atas mencegah, maka mereka dan semuannya akan selamat."

Dari ayat-ayat yang dinyatakan tadi menunjukkan bahawa bahwa amar ma'ruf nahi munkar merupakan perkara yang perlu diberi perhatian serius dan perlu dilaksanakan dalam kehidupan ini. Dalam sesebuah masyarakat itu, mesti terdapat satu golongan yang berusaha mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran. Golongan ini boleh dibentuk sebagai sebuah organisasi, badan perundangan atau badan-badan tertentu. Tanggungjawab menyuruh kepada yang baik dan mencegah daripada kemungkaran juga merupakan tanggungjawab individu. Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:

"Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak berkuasa dengan lidahnya dan jika masih tidak berkuasa hendaklah dengan hatinya. Tetapi adalh selemah-lemah inin.“

Oleh itu tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran ini boleh dilaksanakan oleh siapa sahaja mengikut bidang kuasa dan kemampuan yang ada. Terutamanya kepada mereka yang berada di bawah atnggungjawabnya. Tugas ini adalah tugas semua, bukan hanya terletak kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar ini perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah supaya pihak yang diseru itu dapat menerima dengan baik.

Ketegasan dalam menyampaikan amar ma'ruf dan nahi munkar bukan berarti menghalalkan cara-cara yang radikal. Implementasinya harus dengan strategi yang berhemah dan menggunakan kaedah tadarruj (bertahap) agar tidak menimbulkan permusuhan dan keresahan di masyarakat. Penentuan strategi dan metode amar ma'ruf nahi munkar harus mempertimbangkan keadaan sosial masyarakat yang dihadapi. Jangan sampai hanya karena kesalahan kecil dalam menyampaikan amar ma'ruf nahi munkar justru mengakibatkan kerusakan dalam satu umat dengan social cost yang tinggi.

Dalam menyampaikan amar ma'ruf nahi munkar hendaknya dilakukan dengan cara yang ihsan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Perkara ini telah diajarnya Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun semasa berdakwah kepada Firun dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud:

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lembut., semoga ia beringat atau takut“

Dalam menyampaikan da'wah amar ma'ruf nahi munkar, para pendakwah dituntut memiliki rasa tanggung jawab yang tinggi, baik kepada Allah maupun masyarakat dan negara. Bertanggung jawab kepada Allah dalam arti bahwa dakwah yang ia lakukan harus benar-benar ikhlas dan sejalan dengan apa yang telah digariskan oleh Al Qur'an dan Sunnah. Bertanggung jawab kepada masyarakat atau umat bererti memberikan sumbangan positif bagi kehidupan sosial umat. Bertanggung jawab kepada Negara pula bererti melaksanakan dakwah berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada di suatu negara itu. Jika dakwah yang dilaksanakan itu tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada walaupun dengan niat yang baik maka ia dikuartiri ia tidak akan mancapai maksdu dakwah itu sendiri.

Secara kesimpulannya, dakwah adalah satu perkara penting dalam menentukan kelangsungan sesebuah umat yang akan dimertabatkan oleh Allah SWT. Ianya perlu dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat mengikut tanggungjawab dan bidang kuasa yang ada padanya. Pelaksanaan dakwah perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan hikmah supaya tujuan sebenar dakwah itu tercapai.

Iklan Sewa Rumah / Ruang Pejabat

Sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah atau ruang pejabat di Taman Tenaga bersebelahan Hentian Kajang sila hubungi Puan Kartini 019-2690089.
Untuk rumah sewa kemudahan yang akan disediakan adalah seperti berikut:
1. 6 set tidur (katil, tilam dan bantal)
2. Almari pakaian
3. Sofa
4. TV
5. Meja Makan.
6. Langsir

Harga dan peralatan boleh dirunding.....siapa cepat dia dapat....

Karaz Managment dan Cansultancy

Sesiapa yang berminat untuk mendapat perkhidmatan berikut sila hubungi saya melalui telepon 019-2890086:

1. Insuran kereta Takaful Ikhlas

2. Insuran Hayat Takaful Ikhlas

3. Insuran Pendidikan Takaful Ikhlas

4. Khidmat Nasihat Permasalah Keluarga

5. Khidmat Nasihat Pensijilan Halal Malaysia

Caj perkhidmatan diberikan adalah munasabah

Monday, May 5, 2008


Hari Pertama Belajar Buat Blog

Hari ini adalah hari pertama saya belajar dan dapat buat blog. Terima kasih kepada pihak ILIM dan Tuan Haji Mohd Zainul Ariffin yang telah mengajar ilmu ini. Dalam konteks hari ini, semua para pendakwah perlu ada blog sendiri sebagai ruang untuk menyebarkan dakwah. Para blogger perlu bertanggungjawab terhadap sebara maklumat yang disalurkan melalui blognya. Jika apa yang disebarkan melalui blog dibaca dan diikuti oleh orang lain dia akan mendapat sahamnya sama. Oleh itu rasa tanggungjawab mesti ada kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihitung di Akhirat nanti. Sekian, harap diambil maklum. Terima kasih.